Huh . Dah berhabuk blog aku ni . Dah lama gilaa kot tak post something kat sini . Tapi , hidup je lagi aku ni . Lama kan aku tak post apa-apa kat sini ? Dari bulan Januari , now dah bulan Ogos dah . Dah lebih setengah tahun (dah semester ke 2 pulakk) dah.. tapi aku buka je blog aku ni ,tapi malas nak tulis apa-apa . Padahal banyak je isu aku boleh tulis , sebab tahun ni macam happening je bagi aku . Lot of events dalam hidup aku tahun ni . Nak buat touch down , later on lah eh . Ni kira aku rasmi balik blog aku yang aku rindu gila2 ni .. lol .
Sama ada kita semua sedar atau tak sedar , kita dah hampir meninggalkan bulan yang penuh barakah ni .Lebih kurang 4 hari je lagi peluang untuk umat Islam kumpul pahala yang berlipat ganda , cari lailatul qadr , puasa ramadhan , dan tak lupa jugak makan sahur pun dapat pahala. Bulan lain, ade ke ? Takde kot .. So , penuhilah hari hari teakhir ramadhan barakah ni , dengan sebaik mungkin
I'm gonna miss you all,
Okay,nak diceritakan pasal , saat saat iftar jamaei ramai ramai same same kat DM , walaupun just dekat DewanMakan je pun , sweetnya tak terkata lahhh . Habis je malam khamis haritu ,, mungkin tak dapat rase lagidah saat2 indah berbuka puasa ramai2 dgn NUF . Borak borak sambil tunggu azan (tayangan dekat musolla) , kene marah dengan EXCO lain sebab bising sangat kat D.M tu , bace doa ramai ramai (diketuai budak laki la) . YUP ! Lepas ni , tak dapat rase lagi semua tu *kecuali kalau amek STAM tahun depan kat situ*. Ahh ,sumpah aku akan rindu . Rindu sangat sangat . Kongsi kongsi air , makanan dari rumah , dan macam macam lagi lah.
Kalau hari baru balik dari rumah (hari Ahad la) , penuh gilaaa meja tu .Obviously , tak payah ambik nasik D.M+lauk DM . Kitorang nak membaham makanan yang masing2 bawak tu pun tak muat perut ni dehhh.
ayam perciknya ,
popia ,
gulai ,
ikan keli ,
red velvet ,
laksa ,
kuey teow ,
mihun ,
mi bandung ,
mi kari ,
tau foo fah (fevret),
murtabak maggie ,
nasi kukus ,
air beraneka ,
kuih tepung pelita ,
karipap ,
kebab ,
roti john ,
Aahh. Macam macam lagi lah. Kalau sebut banyak banyak nanti, ade yang terliur pulak , hehe. Tak pasal2 aku pulak dosa sebab buat korang terliur . bhaha
Tu belum cakap lagi pasal tarawih dekat musolla . Setakat ni aku belum pernah lagi lah tinggal tarawih dekat Musolla Raudhatul Faizin selama bulan puasa kat Asrama BBST tu ... Aduhh . Macam macam kerenah budak budak ni . Rindu mase budak kecik tu tertidur time solat , yang tersengguk tak yah citer lah . Ramai gilaa mengantuk . Jaga anak la katanyaaa ~
Pastu tak cukup minum dekat DM , bawak air masak+manis banyak banyak kat musolla , bagi kat budak budak yang mengantuk tu , minum sampai BUNCIT ... ahh sweet . Lagi sweet bila air tu kongsi satu saf . Semua budak form 5 pun boleh minumm ! Alahaiii . Rindu tak terkata . Lepas ni, tak tahu lah dapat buat camtu lagi ke tak . Kalau yang amek stam tu pun , tak semanis tahun ni rasanya sebab tak ramai yang amek stam ..
Ahha, tak ketinggalan jugak , boleh pulak kitorang ni stalk imam imam muda punye suare , hahaha.
" ni suare sape ek ? sedap lahhhh .." ,
orang lain cakap , " ni ****** lah "
Yang lain " yeke ? yeke ?*fikirjap* Ha'ah lah , suare die. "
Hahaha. Senonoh ke kami ni ?
Kalau yang suare mcm tak familiar kat musolla yang ala ala rockers tu , kan?
" eh, mcm suare ***** je ni , "
Yang lain " Ha'ah lah"
Orang lain pulak " eh, tak sangke dia imam . HEBAT . "
Haha. Tapi, bila sampai dekat suare imam yang ditunggu tunggu (bakal suami mungkin) , masing masing pandang sesama sendiri , besarkan mate dan senyum senyum pulakkk . Isyara ape tuhhh ? hahaha. Ngeh ngeh. Itu sekadar bagi hilang ngantuk je eh . takde maksud lain pun. Hehe :)
Then , ada satu malam ni , sesi fotografi untuk budak2 form 5 . Nak letak kat majalah la konon .Sumpah happening gila malam tu . Habis bersepah bilik sakit si HUDA tu . *Maaf ea huda . NUF pulak ada sesi tgkap2 gmbar sndiri pulak malam tu. Sumpah kecoh . sampai dua pagi pulak tu tangkap gambar2 . Last2 , tidur bilik sakit tu jeh then pegi sahur . haha . Omeyyy jeh . dan malam tu aku ada salah faham antara aku dan Asha . dan aku dah buat Asha menangis , kat sini aku nak mintak maaf sangat2 dekat kau Asha . Hope kau lupakan eh kejadian malam tu .
Kepada dorm-mates aku (Aini,Ain,Nadrah,Wanie) , yang comel lagi lote , takkan lupe saat sahur kita ! Bangun2 ,muka ngantuk ngantuk , pergi basuh muka bagai . Then pergi loker , amek roti , jem , pastu dengan suare bangun tidur
" nahh, makan lah~ Habiskan je roti nutella dgn winny tu"
Pastu, orang lain dengan mate kuyu , angguk angguk . Hehe . Lepas tu bising pulak dekat dorm . Dengan pekikan suara budak dorm sebelah nyaaa . haha . gonna miss you Fudhla,Ain,Shima :P
Teringat jugak, mase kongsi nasi impit dgn bubur knor tu. Fuhh ! Sumpah sedap . Makin sedap bila makan dengan korang (adik2 adik dorm) Ohh , satu lagi, kalau malam malam , balik dorm, selalu tanye ,
" esok sahur makan ape ye turun DM ke takk ? "
Lepas tu dengan semangatnya cakap , turun DM lah esok . Kejut tawwww . Tapi bila dah bangun , masing2 malas nak turun.. Mandi then sahur dekat dorm jugakk ~ Aku pun tahun ni turun sahur dekat DM 3 kali jehhh . sadisss ~
Hemm, tahun last kitorang kat sekolah tu.
Tahun depan tak dapat lagi semua tu.
Yelah, masing masing dah sampai Jordan, Mesir, UK,
Kang, ade yang dah apply jadi guru Kafa,
ade jugak yang jadi wakil Wirawati negara,
yang bukak syarikat sendiri,
yang sambung dream masing masing, pharmacist, dentist, photographer bertauliah,Pakar ICT, doktor .
Or, mungkin anak ketua kampung dah ade yang datang meminang , yelah nk bawak ke Mesir nanti,
atau pun, yang masuk Local University, STPM, Matriks, Asasi, and so on lah.
Masing masing dah ade haluan yang tersendiri.
Entah bila lagi, ek nak buat semua tu ?Takut2 terputus hubungan tu jeh .
I'm gonna miss you all,
please, remember me in your every DU'A.
Aku sayang korang sampai bila bila !
Ingat tu . BestFriendTillJannah .
*Intan . rindu kau doeee *
Thanks for those sweet memories, thanks a lot :)
AND , for the last but not least ..
Aku nak mintak maaf kat korang semua andai aku ada buat salah dan silap dekat korang :)
Andai ada tersalah bicara , teramik ape2 , halalkan segalanya ehh ^^ hihi .
dan aku nak ucapkan ,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN .
Raya datanglah rumah ehh . Duit raya mintak mak ayah aku lah . aku takde duit :P
Sekian sahaja daripada saya , sehingga ketemu lagi :)
EID MUBARAK
c/p karya Asha