♥ "I'm SPM Candidates :) Wish Me Luck.”
♥4 Ogos 2013♥

Thanks Follow saya

http://matcuoi.com♥Welcome to N.L's blog .. Blog ni sekadar tatapan untuk semua,kalau ada salah dan silap , tegur lah saya :'). Sambil tu , boleh la tengok blog kami ni .. http://our-beloved-us.blogspot.com/ . Terima Kasih "

Sunday, August 4, 2013

Ramadhan .. Gonna miss you

Salam alayk semuaaaaaa ^^ *jerittakcukupsuara* 
Huh . Dah berhabuk blog aku ni . Dah lama gilaa kot tak post something kat sini . Tapi , hidup je lagi aku ni . Lama kan aku tak post apa-apa kat sini ? Dari bulan Januari , now dah bulan Ogos dah . Dah lebih setengah tahun (dah semester ke 2 pulakk) dah.. tapi aku buka je blog aku ni ,tapi malas nak tulis apa-apa . Padahal banyak je isu aku boleh tulis , sebab tahun ni macam happening je bagi aku . Lot of events dalam hidup aku tahun ni . Nak buat touch down , later on lah eh . Ni kira aku rasmi balik blog aku yang aku rindu gila2 ni .. lol .


Sama ada kita semua sedar atau tak sedar , kita dah hampir meninggalkan bulan yang penuh barakah ni .Lebih kurang 4 hari je lagi peluang untuk umat Islam kumpul pahala yang berlipat ganda , cari lailatul qadr , puasa ramadhan , dan tak lupa jugak makan sahur pun dapat pahala. Bulan lain, ade ke ? Takde kot .. So , penuhilah hari hari teakhir ramadhan barakah ni , dengan sebaik mungkin 

Okay,nak diceritakan pasal , saat saat iftar jamaei ramai ramai same same kat DM , walaupun just dekat DewanMakan je pun , sweetnya tak terkata lahhh . Habis je malam khamis haritu ,, mungkin tak dapat rase lagidah saat2 indah berbuka puasa ramai2 dgn NUF . Borak borak sambil tunggu azan (tayangan dekat musolla) , kene marah dengan EXCO lain sebab bising sangat kat D.M tu , bace doa ramai ramai (diketuai budak laki la) . YUP ! Lepas ni , tak dapat rase lagi semua tu *kecuali kalau amek STAM tahun depan kat situ*. Ahh ,sumpah aku akan rindu . Rindu sangat sangat . Kongsi kongsi air , makanan dari rumah , dan macam macam lagi lah. 



Kalau hari baru balik dari rumah (hari Ahad la) , penuh gilaaa meja tu .Obviously , tak payah ambik nasik D.M+lauk DM . Kitorang nak membaham makanan yang masing2 bawak tu pun tak muat perut ni dehhh. 

                      ayam perciknya , 
                          popia , 
gulai , 
ikan keli ,
 red velvet ,
 laksa ,
 kuey teow ,
 mihun ,
 mi bandung ,
 mi kari ,
 tau foo fah (fevret),
 murtabak maggie ,
 nasi kukus ,
 air beraneka ,
 kuih tepung pelita ,
 karipap ,
 kebab ,
 roti john ,
Aahh. Macam macam lagi lah. Kalau sebut banyak banyak nanti, ade yang terliur pulak , hehe. Tak pasal2 aku pulak dosa sebab buat korang terliur . bhaha 

Tu belum cakap lagi pasal tarawih dekat musolla . Setakat ni aku belum pernah lagi lah tinggal tarawih dekat Musolla Raudhatul Faizin selama bulan puasa kat Asrama BBST tu ...  Aduhh . Macam macam kerenah budak budak ni . Rindu mase budak kecik tu tertidur time solat , yang tersengguk tak yah citer lah . Ramai gilaa mengantuk . Jaga anak la katanyaaa ~

Pastu tak cukup minum dekat DM , bawak air masak+manis banyak banyak kat musolla , bagi kat budak budak yang mengantuk tu , minum sampai BUNCIT ... ahh sweet . Lagi sweet bila air tu kongsi satu saf . Semua budak form 5 pun boleh minumm ! Alahaiii . Rindu tak terkata . Lepas ni, tak tahu lah dapat buat camtu lagi ke tak . Kalau yang amek stam tu pun , tak semanis tahun ni rasanya sebab tak ramai yang amek stam .. 

Ahha, tak ketinggalan jugak , boleh pulak kitorang ni stalk imam imam muda punye suare , hahaha. 
" ni suare sape ek ? sedap lahhhh .." , 
orang lain cakap , " ni ****** lah " 
Yang lain " yeke ? yeke ?*fikirjap* Ha'ah lah , suare die. " 

Hahaha. Senonoh ke kami ni ?

 Kalau yang suare mcm tak familiar kat musolla yang ala ala rockers tu , kan?
" eh, mcm suare ***** je ni , "
 Yang lain " Ha'ah lah" 
Orang lain pulak " eh, tak sangke dia imam . HEBAT .

Haha. Tapi, bila sampai dekat suare imam yang ditunggu tunggu (bakal suami mungkin) , masing masing pandang sesama sendiri , besarkan mate dan senyum senyum pulakkk . Isyara ape tuhhh ? hahaha. Ngeh ngeh. Itu sekadar bagi hilang ngantuk je eh . takde maksud lain pun. Hehe :)

Then , ada satu malam ni , sesi fotografi untuk budak2 form 5 . Nak letak kat majalah la konon .Sumpah happening gila malam tu . Habis bersepah bilik sakit si HUDA tu . *Maaf ea huda . NUF pulak ada sesi tgkap2 gmbar sndiri pulak malam tu. Sumpah kecoh . sampai dua pagi pulak tu tangkap gambar2 . Last2 , tidur bilik sakit tu jeh then pegi sahur . haha . Omeyyy jeh . dan  malam tu aku ada salah faham antara aku dan Asha . dan aku dah buat Asha menangis , kat sini aku nak mintak maaf sangat2 dekat kau Asha . Hope kau lupakan eh kejadian malam tu .
Kepada dorm-mates aku (Aini,Ain,Nadrah,Wanie) , yang comel lagi lote , takkan lupe saat sahur kita ! Bangun2 ,muka ngantuk ngantuk , pergi basuh muka bagai . Then pergi loker , amek roti , jem , pastu dengan suare bangun tidur 

" nahh, makan lah~ Habiskan je roti nutella dgn winny tu" 
Pastu, orang lain dengan mate kuyu , angguk angguk . Hehe .  Lepas tu bising pulak dekat dorm . Dengan pekikan suara budak dorm sebelah nyaaa . haha . gonna miss you Fudhla,Ain,Shima  :P

Teringat jugak, mase kongsi nasi impit dgn bubur knor tu. Fuhh ! Sumpah sedap . Makin sedap bila makan dengan korang (adik2 adik dorm) Ohh , satu lagi, kalau malam malam , balik dorm, selalu tanye , 

" esok sahur makan ape ye turun DM ke takk ? " 

Lepas tu dengan semangatnya cakap , turun DM lah esok . Kejut tawwww . Tapi bila dah bangun , masing2 malas nak turun.. Mandi then sahur dekat dorm jugakk ~ Aku pun tahun ni turun sahur dekat DM 3 kali jehhh . sadisss ~

Hemm, tahun last kitorang kat sekolah tu. 
Tahun depan tak dapat lagi semua tu. 
Yelah, masing masing dah sampai Jordan, MesirUK,
Kang, ade yang dah apply jadi guru Kafa
ade jugak yang jadi wakil Wirawati negara,
yang bukak syarikat sendiri,
yang sambung dream masing masing, pharmacistdentist, photographer bertauliah,Pakar ICT, doktor . 
Or, mungkin anak ketua kampung dah ade yang datang meminang , yelah nk bawak ke Mesir nanti,
atau pun, yang masuk Local University, STPM, Matriks, Asasi, and so on lah.
Masing masing dah ade haluan yang tersendiri.
Entah bila lagi, ek nak buat semua tu ?Takut2 terputus hubungan tu jeh .

I'm gonna miss you all,
please, remember me in your every DU'A.
Aku sayang korang sampai bila bila ! 
Ingat tu . BestFriendTillJannah .
*Intan . rindu kau doeee *

Thanks for those sweet memories, thanks a lot :)
AND , for the last but not least ..
Aku nak mintak maaf kat korang semua andai aku ada buat salah dan silap dekat korang :)
Andai ada tersalah bicara , teramik ape2 , halalkan segalanya ehh ^^ hihi .
dan aku nak ucapkan ,
 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN .
Raya datanglah rumah ehh . Duit raya mintak mak ayah aku lah . aku takde duit :P

Sekian sahaja daripada saya , sehingga ketemu lagi :) 

EID MUBARAK
c/p karya Asha 

Monday, December 3, 2012

Karnival Kemanusiaan Tangisan Gaza

Assalamualaikumm .
Masjid As-Salam Puchong Perdana . Pelbagai aktiviti diadakan pada haritu untuk mengutip derma bagi saudara kita di Palestin dan untuk membina Hospital Of GAZA ..

Alhamdulillah . aku dpt turun ke masjid tu untuk bersama-sama menyumbang sedikit .. Aku tak mampu lah nak menyumbang banyak sebab aku pun belum bekerja .. Masih belajar lagii , so sikit-sikit tu boleh laa ..
Aku nak ckap yang aku pergi sana dalam keadaan tak sihat sgt . tapi aku bersemangat demi GAZA ...... dan demi ??? HAAA ! korang rasa demi apaa ? Hehehe . Jap-japp . tengokk bawah eh ?

UNIC membuat persembahan lagu Qunut Nazilah + menuju wawasan
Devotees menyanyikan lagu Berjalan Tanpa Henti
Haa ! Demi kumpulan nasyid ni lahh aku datangg . tapi aku datang dgn niat yang suci aww . bukan nak berhibur ke apa . just nak menyumbang sedikit kepada Umat Islam .. tak salah kan ?? Even sekecil zarah pun kita membantu , asal kita ikhlas , insyaAllah ALLAH akan terima :) Hmm , mari bersama-sama untuk senantiasa mendoakan kejayaan umaat islam yang ditindas para zionis ! #SemangatJihad :) 
Oke lah .. tu je yang aku nak sampaikan . THE END :) Enjoy lah gambar2 saya :D

Saya dan Fatimah Munirah :) 
  SAUJANA
 Nabilah Liyana dan Fatimah Munirah
 DEVOTEES
RABBANI
 
 SEEDRAIN
 SAUJANA
 

 Kami telah mendapatkan album-2 mereke ( Kira menyumbang lah ni)
 
 
 UNIC :)
Karnival Kemanusiaan Tangisan Gaza at Masjid As-Salam Puchong. Rabbani, UNIC, Devotees, Saujana dll.

Wednesday, November 28, 2012

Sedarlah Umat Islam

Assalamualaikum . :) 
Sekarang kita diperhangatkan dgn kisah umat islam di Gaza sedang bertarung nyawa .
 Sebelum tu , jom perdengarkan Qunut Nazilah - UNIC
SIMPATI dengan rakyat di bumi Palestin ,, yang tidak habis-habis dirundung penderitaan angkara askar Yahudi laknatullah ,, yang tidak berperikemanusiaan itu membunuh dengan kejam ,, rakyat yang tidak berdosa mengikut nafsu mereka, sahaja menggunakan senjata canggih apabila dibandingkan dengan senjata batu dan senapang patah di pihak rakyat Palestin yang berjihad mempertahankan bumi tanah air mereka.
Kanak-kanak dan Wanita menjadi mangsa perbuatan terkutuk askar Yahudi ini tanpa belas kasihan sedikit pun ..

Malang sungguh buat penduduk Gaza setelah seorang demi seorang pemimpin mereka mati syahid . Dibunuh dengan kejam melalui roket canggih mereka dan bangunan kediaman yang musnah runtuh oleh peluru berpandu mereka. Kehidupan di bandar Gaza itu seperti mimpi yang amat mengerikan di mana siang dan malam sentiasa diburu dengan ketakutan dan kecemasan kerana peluru ditembak tidak kira masa dan tempat mengikut suka hati mereka sahaja ..

Kekurangan makanan dan minuman ,, serta di malam harinya pula tiada lampu untuk menerangi sinar malam sudah tentu kita dapat merasakan betapa deritanya rakyat Palestin ini .. (tidak sanggup aku tengok ) 

Kereta-kereta kebal askar Israel pula kini mengganas menceroboh bandar Gaza untuk memusnahkan bandar serta membunuh ramai lagi penduduk Gaza.
Tiada siapa yang berani dan tiada negara Islam (termasuklah negara kita , Malaysia ) di mana pun mampu isytiharkan untuk berjuang bagi membebaskan bumi Palestin kerana adalah berpunca umat Islam itu sendiri berbelah bahagi tidak mahu bersatu disebabkan ugutan dari pihak Yahudi seperti Amerika dan negara-negara Barat lain ..

Sebab mengapa jadi begitu sebab mereka dari mula lagi sudah bersatu  , dengan pakatan tentera bersekutu NATOnya  dengan bertujuan utama mereka untuk menyekat kekuatan Islam mungkin kerana dendam Perangan Salib seribu tahun dahulu itu masih menghantui mereka dan negara-negara Islam begitu takut bukan sahaja untuk memerangi mereka tetapi untuk mengangkat muka pun tidak mampu.
Kalau ada pun memandang dari jauh sahaja apa yang berlaku tetapi tidak mampu berbuat apa-apa untuk menentang kaum Yahudi yang sombong dan bongkak ini ..

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seolah-olah buat tidak nampak atau tutup sebelah mata sahaja apa yang berlaku dan kekejaman askar Israel terhadap penduduk Palestin seperti tiada tindakan langsung daripada pertubuhan dunia ini ..
Lancarkan boikot terhadap syarikat yang menyokong kekejaman Zionist
 Kalau inilah sikap kita , umat islam terutama sekali apa yang berlaku di Palestin akan berlarutan penderitaan penduduknya di mana setiap ahli keluarga di negara itu pernah terkorban syahid atas perbuatan terkutuk Yahudi itu ..

Sepatutnya penduduk dunia di mana sejumlah lebih kurang 1.5 bilion umat Islam daripada jumlah 7 bilion ini mesti bersatu bagi menentang rejim Yahudi yang hanya 20 juta sahaja dan jangan biarkan mereka bermaharajalela membunuh dan memusnahkan bumi Palestin dimana terletaknya tempat suci Masjid Al-Aqsa iaitu masjid yang ketiga berkat dan pentingnya kepada umat Islam. Jangan sampai Masjid Al-Aqsa dibinasakan nanti baharu hendak bertindak dan itu pun kalau mampu ..

Pemimpin-pemimpin Islam dari seluruh dunia jangan berpeluk tubuh sahaja tetapi mesti bertindak segera untuk memastikan bumi Palestin dibebaskan dari cengkaman Yahudi yang tidak habis-habis menyusahkan rakyat Palestin dan dunia islam yang lainnya juga serta nekad halau mereka dari bumi Palestin dengan cara apa sekali pun walau pun terpaksa beramai-ramai mengangkat senjata berjihad mempertahankan maruah umat Islam sejagat ..

Kalau semuanya bersatu terutama sekali negara-negara Islam disekeliling Tel-Aviv tempat kubu kuat rejim Yahudi ini berpakat menentangnya habis-habisan sudah tentu Islam akan menang dan negara Palestin akan berdaulat kembali ...

Aku yakin jika kita ikhlas dan dapat bersatu menentang rejim Yahudi ,, pertolongan Allah akan sampai dari segenap penjuru kerana bertindak diiringi dengan DOA adalah kekuatan umat islam sebenarnya kerana itu adalah senjata kita ...

Kalau kita semua sebagai umat islam dapat menjalankan amanah membebaskan Palestin ,, bukan sahaja maruah kita dapat dikembalikan malahan , dunia Islam akan bersatu kukuh kembali sebagaimana kukuhnya islam di zaman para Sahabat dahulu ..Marilah umat islam , kita bangkit :)
Syahid Classmate :')
Jangan berhenti berdoa
Hulurkan bantuan anda dari segi kewangan
“Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.” Al-Zalzalah: ayat 7-8
             Hayatilah lirik lagu ni :) ---> Declan Galbraith - Tell Me Why
Ikhlas dari hati dan niat yang suci , :)
Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan umat Islam :)
Sekian , Wassalam :D