♥ "I'm SPM Candidates :) Wish Me Luck.”
♥4 Ogos 2013♥

Thanks Follow saya

http://matcuoi.com♥Welcome to N.L's blog .. Blog ni sekadar tatapan untuk semua,kalau ada salah dan silap , tegur lah saya :'). Sambil tu , boleh la tengok blog kami ni .. http://our-beloved-us.blogspot.com/ . Terima Kasih "

Sunday, June 10, 2012

Baju Kurung

Assalamualaikum semua ~ :) . 
Hari khamis lepas , aku dengan beberapa kawan aku iaitu Najiha Jamal , Mubasyira ,Amira,Iman ,Asha ,Rabi telah pergi ke IOI Mall Puchong :) Aku bertolak awal gila dengan Muba+Jiha . Sampai IOI pukul 10.30 . err , kira awal la tu kan ? hehe . Kiteorang lepak dulu sementara tunggu si mereka yang lambat tu . Tibe2 ramai manusia tegur aku . Antaranya,jiran2 aku yang aku jumpa dekat situ .. Dah lama tak jumpe diorang .. Dorang tegur macam ni :
"Weyh , kau jieha .. Asal kau pakai baju kurung ? Gila ahh"
"Hye ,, baju kurung nampak ? Hari ni raya ape?"
Urm ,, aku pun buat tak tawu je . Just senyum je . Tak nak kate ape2 . kan lebih baik kita diam daripada bercakap ? err . sjk bila kau reti snyap ni ? 
Padahal dalam hati aku , nak je sekeh diorang sekor2 ... Salah ke aku nak pakai baju kurung? Baju kurung ni lagi nampak manis taw . Sejuk mata mak aku mengandungkan aku . Korang ada ? hehehe . Baju kurung kan merupakan baju tradisi bangsa Melayu . Kan lebih baik aku memperlihatkan budaya melayu .*ayatapetu ? hehe . Tapi ada jugak member aku yg cakap macam ni .
"Pakai baju kurung tak ajak , Mana acik macam ni .:( "
Ada jugak yang nak pakai baju kurung pergi mall .. Untuk pengetahuan korang ,, aku dah tulis lah dekat group . sapa kate aku tak ajak ??

Okay lah . Aku tak de pape nak cerita . Saja tulis sebab petang ni dah kena balik asrama . So , aku tulis la satu post sebelum pulang ke ASRAMA :) Bye2 ~ Assalamualaikum ..
Sori kali ni post aku bosan . hehe

Wednesday, June 6, 2012

Kerana Terpaksa

Assalamualaikum ..
Hye semua jejaka-jejaka dan gadis-gadis  sekalian ? Nak cerita ni , j0m dengar ..
Satu hari tu , aku lepak dengan kawan2 aku . Kiteorang borak macam-2 lah .. Banyak sangat .. Sampai dekat satu tahap ni , kiteorang bincang pasal tutup aurat . Okay , ada satu situasi aku nak bagi .
*** semua nama watak ni bukan nama sebenar , bukan nama asli okay ?

Fatimah : weyh , tengok minah tu .. tudung labuh beb .
Maya : Haha . Tawu tak pe . Dulu dia free hair kan ? Cepat dapat hidayah . haha
Fatimah : Haha . Tu la . Aku tak bertudung lagi . Kau maya bila  nak bertudung ?
Maya : Alaaa , hidayah tak sampai lagi . Tu tak bertutup lagi rambut tu .

  * si Farah tiba2 hempas buku .

Farah : Korang tawu tak ? Aku pantang la kalau orang cakap " tak dapat hidayah lagi , hidayah tak sampai lagi " . Kau fikir orang yang bertudung tu hidayah dia betol2 dah sampai ? Mungkin ada yang dah sampai , mungkin fikir sebab agama Islam . Ada je yang tak ikhlas ... Orang yang bertudung semua ni , Alhamdulillah la tutup aurat sikit .. pakai tudung . Tapi , cuba ingat sikit mak bapak yang tanggung dosa korang . DAN , ingat .. Menutup aurat ni satu kewajipan dalam Islam . WAJIB . tak patuhi dosa taw . Aku tak kata la pakai tudung macam aku ni dah tutup aurat , tapi kitaa boleh try slow slow . Ingat . kewajipan sebagai seorang muslimat ,, kewajipan tu memang kadangkala sifatnya TERPAKSA . so , korang fikir apa lagi ? Jom la try tutup aurat sama-sama .
Sorry kalau apa yang aku kata ni salah . Aku sekadar memberi pendapat . Korang boleh lah cari dekat Internet pasal hal ini .

Maya & Fatimah : Okay , rileks dulu fara .. Tarik nafas .. hembuss .
Farah : Tengah rileks la ni beb .saja terEmosi .. hehe .

 Maya & Fatimah : Betul kata kau tu , nanti kitaorang fikirkan .

Hurm .. okay , aku tak tawu nak cakap ape kat sini . Tapi aku just nak ckp , berTUDUNG lah kerana terpaksa , BerPUASA lah kerana terpaksa , SOLATlah kerana terpaksa . Kerana kewajipan ni kadang2 sifatnya memang TERPAKSA .
Aku ni pun buat terpaksa pada mula nya time kecik dulu . Ye lah , rimas jugak kot tutup aurat ni , tapi aku try slow slow . Tapi Ustaz Azhar Idrus kata .... Dari keTERPAKSAAN itu ,, perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita akan  menjadi IKHLAS kerana- NYA


So , Tu sahaja lah yang aku nak post kali ini . Sorry kalau ada salah dan silap dalam penaipan aku ni . Kalau aku salah , betul kan lah ek . Sekian , Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ..

CintaVlog .

Assalamualaikum . Hye semua .
Apa kabar ? sehat ? Alhamdulillah sebab kita masih diberi lagi peluang untuk terus hidup Oleh Allah s.w.t :) ..
Urm . Harini aku sedih sebab kawan aku dalam kesusahan . Siapa ? korang mesti kenal . Dia ni ade dalam video lagu KOSONG-NajwaLatiff . Nama dia Khairul Hafizi bin Rahimi .
Ape pun kawan , Aku akan sokong kau dari belakang . Aku akan try dengar semua masalah  kau . Kau sabar okay ? Semua yang berlaku ada hikmah . Kalau kita bijak cari jalan penyelesaian , insyaAllah akan berhasil . Kau selesaikan lah masalah tu okay ? hehe . * dah lari tajuk asal pulak dah ..

Nak cerita pasal apa itu vlog bagi pandangan aku ... Cerita pasal vlog, vlog ni kira macam adik beradik dengan blog la .. Kalau kat blog kita ekspresis satu perkara melalui penulisan dan gambar , tapi dengan vlog kita lahirkan atau kupas sesuatu topik dengan menggunakan ekspresi muka , nada suara dan lenggok badan (buat guna video la).

Okay , malam ni ada cerita dekat TV9 . korang tawu ke cerita ape ? tawu ? yang dah tawu tu senyap je la . Aku nak bagitau bagi yang tak tawu lagi . Hehe . Malam ni ada cerita CINTAVLOG (ada kaitan dengan vlog yg aku cakap tadi kan ?). Antara barisan pelakon ialah , Aliff Aziz , Wawa Zainal , Anne Ngasri , Darling Ngasri , Zahiril Adzim , Mizy Razuan , Nur Janna . Ada Maria Elena jugak . wow ! gila best . korang kene tengok taw . Best !



Sedikit jalan cerita . Lebih dari Trailer ~



Lagu tema kot . Cinta Ya Cinta - Aliff Aziz .

Okay , setakat tu je kot post kali ni . Assalamualaikum . Thanks sudi bace . bye2