♥ "I'm SPM Candidates :) Wish Me Luck.”
♥4 Ogos 2013♥

Thanks Follow saya

http://matcuoi.com♥Welcome to N.L's blog .. Blog ni sekadar tatapan untuk semua,kalau ada salah dan silap , tegur lah saya :'). Sambil tu , boleh la tengok blog kami ni .. http://our-beloved-us.blogspot.com/ . Terima Kasih "

Wednesday, December 21, 2011

Esok Hari Mendebarkan .

Assalamualaikum semua .. Apa khabar ? sehat ?
Harap korang semua sehat walafiat .. Alhamdulillah jieha masih diberikan umur yang panjang dan masih boleh menulis di blog yang tak seberapa indah ni .


Tahun ni saya form three . Saya merupakan lepasan PMR tahun ni . dan esok merupakan hari KHAMIS .. 22/12/2011 . SO ? apa kena dengan hari tu ? ......................................................................................

Haritu adalah tarikh keluar result PMR . So , saya kena pergi ke sekolah saya iaitu SAMBBST yang tercinta , untuk mengambil result saya yang entah dpt berapa tah .
harap2 la dapat result macam ni esok .

Saya mengharapkan doa daripada kalian ~iaitu doa dari  para bloggers sekalian , harap saudara/saudari mendoakan kejayaan saya esok , doakan la saya dapat yang Terbaik .. kalau boleh doakan la 9A+, InsyaAllah , Amin ... Saya nak jugak membahagiakan mak dan ayah saya ..

Then , disini saya Najihah Liyana binti Khairudin ingin meminta maaf jikalau pernah terkasar bahase , tersakit kan hati dengan ape2 je la . Wish me Luck for Tomorrow . Hope student batch 1996 dpt result yg
TERBAEK .

***Terima kasih dekat SENIOR2 yang bagi sokongan macam HaziqHail ,Asip, kak Nadirah , kakSyiffa' , kak Zeha , kak Didie, dan semua junior serta RAKAN2  yang telah memberi sokongan .. doakan saya . Maaf seandainya result saya tak seberapa . Apa2 pun , Fighting !


Jieha just said

  • Kita dah berusaha , so , kita berdoa dan tawakkal je padaNYA . InsyaAllah okay .
  • Sebelum amik result , mintak maaf awal-2 dekat family kita andai result yg bakal kita bagi tak mampu membahagiakan mereka , tapi tu yang kita mampu buat . 
  • Harap yang berjaya tu teruskan berusaha untuk berjaya ,, tapi yang gagal tu , INGAT . kita baru di permulaan , belum di pengakhiran .. Kita punya perjalanan masih panjang . Mungkin rezeki kita dekta tempat lain .
Okay la . ni je saya nak cakap .. Nak pergi rilex2 dulu . cuak sangat .. 
Wassalam .



Saturday, December 10, 2011

Skuad Harimau Malaya ..

Assalamualaikum ,,
Hello Peminat dan Penggila Skuad Harimau Malaya sekalian .
Saya cuma nak cerita , semalam 9/12/2011.. pada jam 9.30 malam . Telah tercatat satu sejarah dalam hidup saya .
*macam la sejarah penting .

Semalam saya dan keluarga pergi KLIA . Nak hantar sepupu saya ,, abg Helmi . Dia ni nak pergi Dubai , selama 3 tahun kot . Sebab tu saya pergi hantar dia . Penat kot tunggu dari pukul 8-11 malam. Tapi tak apa , ada kejadian best .

Mesti korang nak tawu kan kejadian best ape ? hahaha . Kalau korang taknak tawu pun tak apa ,,saya tetap nak tulis jugak ! Saya bosan , then pergi jalan-jalan dengan adik dan kakak saya .

Dalam perjalanan tu , kiteorang terserempak dengan Muslim Ahmad . kenal x ?? yang ini la .
tapi tak tangkap gambar dengan dia pun

Then kiteorang nampak dia pergi dekat Khairul Fahmi Che Mat dengan pemain2 lain . :)
Ape lagi , kiteorang pandang je la Khairul Fahmi lama2 . Then , dia tanya adik saya
"Adik nak tangkap gambar ke ? Meyh sini ."

Lepas tu ,Khairul Fahmi kata ...
" Tu Nazmi ..... Mi , sinilah . Ada orang nak tangkap gambar . " ... lepas tu Nazmi menghilang ..

Then , tiba-tiba je Nazmi Faiz Mansor ada dekat sebelah saya. Wow !!!!! gila lah . Nak jugak dia tangkap gambar dengan kiteorang even kiteorang tak panggil . Then, kami cakap terima kasih dekat Khairul Fahmi ..

gambar tak lawa seyh ! damn
Lepas tangkap gambar dengan Nazmi , Izham Tarmizi ada depan kiteorang . So , kiteorang tak lepas kan peluang la . Kiteorang tangkap gambar dengan dia . Hepi sangat masa tu.

dia ni kacak jugak ~ keeper m'sia !
Tapi saya menyesal sebab kiteorang tak ucapkan gud luck or pape la ,, sebab masing2 (saya dgn adik n akak saya) segan nak bercakap dan masing2 dah terkelu lidah sebab excited sangat ... Kiteorang menyesal jugak sebab tak bawa kamera ,then gambar tak berapa lawa lah ...

Saya rasa sengal nya aku sebab tak borak lama2 dengan diorang .. Tapi diorang nak pergi makan time tu ,, saya pun tak nak kacau diorang . So .. Let By Gone be By Gone .
Tak guna mengenang yang dah lepas kan ?!

Tapi memang malam tadi susah sangat nak tidur sebab teringat kenangan bergambar dengan diorang . Tapi tak sempat nak tangkap gambar dengan semua Pemain Bola Sepak Malaysia ! Sebab diorang terus berlepas bila semua dah berkumpul ... Tak apa ,, ada rezeki kita jumpa lagi .

Itu je yang saya nak cerita .Ni antara kenangan manis saya dengan Skuad Harimau Malaya.

*Kepada pemain bola sepak Malaysia semua , Semoga selamat di Australia (sekarang )...Hope semua yang pergi selamat sampai dan dapat menimba pengalaman yang amat bermakna demi bola sepak negara .. Harap semua pemain berjaya dalam arena bola sepak ni dan boleh bermain di peringkat antarabangsa !  Kami semua mendoakan kejayaan Skuad Harimau Malaya , InsyaAllah ..
Terima Kasih semua sudi snap pic dengan kiteorang
K la , Wassalam . :D

Thursday, December 8, 2011

Followers !

Assalamualaikum semua !!

Harini para bloggers sume digemparkan dengan satu kejadian .
*ececeh .. macam gempak sgt je ..

Harini ramai la jugak para blogger telah kehilangan Followers .. Dekat dashboard maybe ramai la .. macam korang 3000 maybe ,, aku punya tak banyak pun ..



ni gambar dekat dashboard aku


ni pulak gmbar dari blog aku yang rasmi,, :'(

Aku pun macam tu ,, 0-zer0 ! tapi aku still sayang FOLLOWER aku ... Then , aku 
tunggu di malam hari untuk tengok apa yang jadi .. Aku punya blog still 0 follower .. Blog lain at least ada la jugak follower . SO ,, sape2 yang nak tolong aku , dipersilakan lah ek .

k la . tu je kot .wassalam .

Wednesday, December 7, 2011

Maaf .


Assalamualaikum kepada cun girls and kacak boys ?!!

Hari ini aku , ada satu cerita . Tak tawu la best ke tak bagi korang .. Tapi aku tersentuh baca ni . :D
So , read la ek . Hope korang enjoy .
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada seorang lelaki ni,,, amat mencintai seorang perempuan... Lalu tergerak hati untuk menikahi perempuan yang dia cintai... Perempuan itu,, merasakan dirinya terpaksa,,, dan di awal ketika lelaki itu melamar,,, perempuan itu bercerita itu dan ini (yang tak baik tentang lelaki itu) kepada rakan-rakannya,,, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu...

Masa berjalan... Dan Teryata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan,lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini... Tetapi si perempuan itu telah terlepas cerita,,, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. ..Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

bagi aku .. sian lelaki tu .. x pasal2 kene .. :D

Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia ?"
Perempuan itu menjawab : "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang . Jadi pemaaf."

Mudah.. Lelaki itu tersenyum kelat... Dan diam.
Masa pun berjalan , dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.

Sehari selepas itu , lelaki itu membawa isterinya ke satu padang...

"Pinjam phone awak, sayang." .. kata si lelaki itu ,

"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" .. Isterinya bertanya.

Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.
Si isteri terdiam.

Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.
"Maafkan saya." Dia bersuara...
Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.

"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.
"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.
Lelaki itu sekadar tersenyum.

"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"

Isteri itu Diam...

"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"

Diam. Air mata mula mengalir.
"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"
Dan air mata itu mengalir deras....

"Sayang,,, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurang,,nya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit,,, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."

Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.
Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:

* "Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."
Tapi moral of the story, macam itulah. Kita ini, kadang-kadang bila buat salah pada orang, kita senang sahaja nak claim pada orang itu agar jadi pemaaf. Sedangkan, kita pula, meminta maaf sambil lewa sahaja.
Kita terlupa, bila kita ketuk paku pada dinding, kalau kita cabut balik semula pun, bekasnya tetap masih ada.

Maka sebaiknya kita berfikir 1000 kali sebelum sakitkan hati orang, fitnah orang, cerca orang, dan kalaulah 'ter'buat juga, usahalah bersungguh-sungguh menebus kesalahan kita. Jangan sekadar pandai mengucap 'maaf' sahaja.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jieha just nak cakap :
  • baca ni , fahamkan balik apa maksud saya taw !
  • harap sume maafkan la orang lain .
  • dan terakhir ,, sori kalau post kali ini membosankan ! chill out
Okay la pembaca sumer . Itu je kali ini .. Tataaa ! wassalam . :D

Bufday .

Assalamualaikum .

Aku ada seorang kawan . Die dikenali sebagai K la .. Aku kenal dia masa tingkatan 2 ( sekarang aku tingkatan 3) . Masa tu dia kelas dengan aku . Ketua kelas aku yang 'baik' la masa tu .. Aku bersyukur ada kawan macam dia even dia bnyak buat aku sakit hati ..
*merepek la . lari dari tajuk .

Harini , pada tanggal 7/12/2011 s sahabat aku , K ini telah mencapai umur 15 tahun . Today it's her Bufday la .. Aku ucapkan Selamat Hari Jadi dan Semoga ALLAH merahmati kau .. Insyaallah ,, Harap kau mendapat kejayaan dalam hidup kau . *jangan marah2 aku lagi dah :D

Aku harap kita jadi kawan selamanya . Insyaallah .

* Hari jadi ni  .. Harap kau hargai nyawa kau .. Beribadahlah kepada Allah selagi mampu ek !

kan best kalau dapat makan kek ni

 K la . ideadahkering . Wassalam

Tuesday, December 6, 2011

Monday, December 5, 2011

Takziah buat Khairul Fahmi Sekeluarga


Assalamualaikum .

Selamat Petang kepada semua .

Takziah buat Khairul Fahmi Che Mat dan sekeluarga di atas kepulangan adinda tercinta yang telah pulang ke rahmatullah .

Marilah kita bersama-sama sedekahkan AL-FATIHAH buat arwah dan . Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya . AMIN

*Harap Khairul Fahmi dan sekeluarga sabar dan tabah menghadapi dugaan.



DariNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali .. Itulah Perjalanan terakhir Mohd Amirul Izzat Che Mat , 16 tahun . Meninggal dunia pada jam 11.30 pagi akibat demam panas . Takziah dari saya sekeluarga ..

Sekian , Assalamualaikum..
*Khairul Fahmi yg dlm perjalanan ke FAM utk melapur diri utk latihan bersama skuad Bwh 23 tetapi terpaksa bergegas pulang ke KotaBharu..

Saturday, December 3, 2011

High Dinner STISS 2011 ~

Salam .
hye cutebirds and angrybirds sekalian ?☀☂☁

Harini just nak cerita pasal Majlis Makan Malam Rasmi SAMBBST 2011 . Tarikh majlis ini dah lepas lama dah ... 17 September 2011 kalau tak silap aku . aku pun tak ingat dah .. Berlangsung dekat Dewan Al-Khawarizmi ..Tema diorang ialah STISS AIRLINES . Persediaan malam ni best la jugak . Perfect la bagi aku malam ni even ada masalah teknikal kan mula2 ?? But , xsemua benda perfect kan ? Aku bagi 9/10 la .. Credit to President majlis ni la . Asip , bagus hasil tangan kau dengan kawan2 kau !!! so , kira okay la malam tu .. Ni suasana dalam dewan .


ni time mula2 k0t . gelap je ..

Malam ni tujuan nya untuk memberi kenangan kepada pelajar2 Form Five dan STAM . (ye ke ? entahla)
Sebab tu diorang jadi VIP . Diorang duduk dalam dewan dan bahagian depan ..

Time malam ni macam2 ada . Persembahan dari nasyid sekolah . Tayangan video . Makan sedap . Makan yang aku x makan ialah satay ! aku malas nak beratur . Panjang sangat la . Makan aiskirm best ! aku amik banyak aiskrim . hehehe .

Malam ni budak form 1 dan 2 duduk luar dewan seperti tahun2 sebelum ni la .. Mane la muat kan nak letak dalam dewan sekali . Tapi tahun ni 1st time kiteorang (pelajar form3) duduk dalam dewan , batak sangat. Tapi kami duduk belakang la sebab kami semua bukan VVIP/VIP .

Btw , Majlis ni memang best . Tahun 2012 (tahun depan la), aku dengan kawan2 aku pulak yang handle ! Tapi macam x best je sebab batch kiteorang lagi susah nak bergabung . Masing2 berpuak2 . Tak bersatu langsung . Macam mane la ISLAM nak maju kan ? ish2 .. teruk2 . hahaha . *melalut lagi .
Tapi aku harap tahun depan majlis ni lagi gempak la ! INSYAALLAH la , tu yang aku harap sangat .

Kepada budak2 f0rm 3 2011sk0la SAMBBST ,, marilah kita bersatu padu ! Apa yang penting ? Kerjasama ..SO ,Chaiyok untuk tahun depan . Gud luck !

ni gambar2 yang aku cilok dari fb mereka2 . :D

ni gambar dari fb HARIS ,,

kami amik PMR dekat SEOUL !


Pelajar f0rm 3 (puteri)

Persembahan !

pelajar Form 2 (puteri)

Pelajar Form 1 (puteri)

eerr , Pelajar Lelaki (form 3)

Persembahan STAM !

antara krew STISS AIRLINES

antara krew STISS AIRLINES





Tu je kot untuk harini . Aku sebenarnya tak tawu nak tulis ape untuk post kali ini . Tapi ni je yang mampu .

K la , Have a Nice Day ! Wassalam .
#KBai
◕‿◕

Perasaan !


Assalamualaikum .

Hye semua .. Harini otak aku bingung sangat ! tak tawu la kenapa . tapi aku macam dah kehilangan seorang kawan yang aku sayang gile !!! Die antara yang aku rapat la jugak . Tapi kiteorang masing2 eg0 !

*aku x faham ape aku cakap .

Dia selalu cakap yang dia x nak aku susah fikirkan pasal dia . Tapi dia x fikir ke ?? Aku punya la bertahan kawan dengan dia sampai skarang . Tapi dia cakap macam tu setelah banyak yang aku dengan dia lalui ! Aku memang minat dia lebih dari seorang kawan ! perasaan tu x pernah berubah . Tapi dia yang tak faham sampai sekarang !
*aku still x faham .

Kadang2 dia selalu sakitkan hati aku . Tapi aku sabar sebab aku memang perlu sabar dengan dia . SABAR separuh daripada iman . So, aku pun biarkan je . Tapi lama2 aku yang sakit hati .
Then harini dia cakap macam tu ! Aku dah x fikir ape2 dah . Aku macam nak biarkan je ! Lebih baik kiteorang putus kawan . Aku sanggup , kalau persahabatan kami mengganggu dia .

So , Aku x nak ada ape2 perhubungan dengan kau even sebagai KAWAN !!!

Kepada readers , aku x faham dengan diri aku sekarang . Korang faham  x perasaan aku ??Kalau faham , komen la . aku perlukan bantuan korang !
Sekian ! Wassalam .

Friday, December 2, 2011

Persahabatan Kita Tak Akan Putus .

Assalamualaikum .

Hello guys !!

1st , Jieha bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur dan masih boleh menulis bl0g ni !Masuk harini umur Jieha dah 15 tahun ,3 bulan . Dah PMR . tak sangka sekarang tunggu result keluar . Harap2 result PMR x teruk sangat la . Harap2 ada la jugak A kan . Guys doakan lah saya ek .Cuak sangat ni .
*dah jauh melalut dah ni . ish2 .

gambar studi dengan lela .

Okay , berbalik kepada title dekat atas tu , aku nak cerita pasal kawan rapat aku yang berbagai ragam . Kawan2 aku ada 10 termasuk lah aku ek . Diorang ni la kawan susah dan senang aku . Mane2 kiteorang akan pergi bersama . Dan kami ada nama kumpulan taw . hehehehe . Nama kumpulan kiteorang ialah ........ NANIA UNDER 10 . hehehehe . macam mana nama tu boleh muncul hanya kami je lah yang tahu . *private2* . :D

**Kami memang ada nama kumpulan tapi kami juga kawan dengan yang lain ek .

Walaupun kami ni rapat , tapi pelbagai dugaan yang kami hadapi sepanjang perkenalan kami . Banyak sangat kenangan susah dan senang . Kami jugak banyak gaduh sana sini . Tapi kami cuba eratkan kembali ukhuwah ini .

Ada satu hari ni gaduh2 sampai nak bubarkan kumpulan ni .. Tapi aku x nak bubar . Susah nak dapat kawan macam diorang . Kami ni bukan lah baik sangat . Tapi kami x jahat ek .. Okay , Ni antara nama2 kawan2 aku . Meyh , aku kenalkan kat korang .


*Untuk pengetahuan korang , Aku sayang Korang sampai bila2 . Aku tawu dalam kumpulan tu aku paling teruk . Aku minta maaf sangat2 . Aku x boleh nak ubah diri aku dah . Aku akan cuba yang terbaik untuk ubah diri aku . Aku harap kita kawan lagi taon depan .

Urm ,, tahun depan dah f0rm f0ur . Diorang kata nak pindah kalau result okay . Aku harap la diorang tak pindah . Tapi aku tawu diorang ada cita2 sendiri bukan ?? . Macam aku , tapi aku tak boleh larang diorang kalau nak pindah ke sekolah yang lebih baik kan ?? Jadi aku harap korang tak akan lupakan aku sampai bila2 . Dan aku akan ingat korang sampai bila2 jugak ,insyaALLAH .


Gambar ni la kenangan kita kan  ?



*micer je x ade 

makandurianje


Pesanan Buat Kawan2 ku !

Marni : Aku harap kau sabar ek . Selesaikan semua nya dengan baik . InsyaALLAH aku sentiasa ada dekat sisi kau . Tapi sori la kalau aku x reti pujuk , Sebab aku memang mcam ni . :D . Btw , Tanks 4 everything ek adek dorm .

Emelia : hehe , , aku harap kau dgn aku 0-0 . Tq atas segalanya . Kau sebagai akak dorm aku bnyak tlong aku . Aku harap kau berjaya !

Khai : Hye , Aku harap kau bahagia . *Kyrin . hehehe . Hope kau epi je . Sori lah selalu menyusahkan kau . Aku minx maaf sgt2 ek .

Lela : Ha ! ni Kak Long . hehehe . Lela , aku sayang kau !! kau selalu pujuk aku kan ?! Aku selalu susahkan kau jugak la . Byk kita dah lalui kan .. Mandi sama2 . heehhe , memekak kat dorm , Studi same2 . qiam same2 . Aku rindu sume tu .

Dishu : Dishu , dak pling kcik . aku minx maaf selalu marah kau . Buli kau , Kasar dgn kau . Sori sgt2 . Btw , kau untung sbb ade orang sayang . Hope kau bahagia la ek . Halalkan segala2nya ek .

Wok : aku suka kau . kau comel . aku nak minx maaf sebab selalu buat kau susah hati . Btw ,, Gud Luck ek .. Smoga bahagia dlm hidup . Harap kau sekola dgn aku lagi la ! Aku nak kelas dengan kau (kalau la aku bolekan ?) , Sori 4 everything .

Intan : Tq atas bantuan yg kau bagi ,, kau selalu tl0ng aku . Tl0ng handle kelab ERT . Bnyak la kau tlong aku . Aku bnyk jgak kan bertekak dgn kau ?!? Sori sgt2 .

Micer : Micer ,, hehehe . Banyak rahsia kita kongsi .. Kau tawu rahsia aku , Aku tawu rahsia kau . BEST sangat kawan dengan kau ni .Aku harap kita jadi kawan sampai bila2 la ek .

Nad: Aku nak kau belikan aku DSLR !! aku tak kira la macam mana pun !!! hehe , gurau je . Aku minx maaf selalu PAU kau . orang kaya kan ? hahaha . Sori sgt2 selalu buat kau terasa dengan aku .. tau !! ^_^

Hope kita kawan sampai bila2 . Halalkan makan minum aku ek .

Sekian je la sampai sini . Da x de bende nak cakap . Wassalam
*sori kalau yang baca ni x dpt ape2 pengajaran ek ~

Jumaat ~

Assalamualaikum ~

hyep to all cute and gentle readers !

Today i'm want t0 talk about Solat Jumaat .
*xyah nak bajet english sangat la .

Harini hari jumaat . Penghulu Segala Hari . Hari ini mungkin juga hari berlakunya kiamat !
*Saya masih kurang lagi amal . mari lah beramal banyak2 ek

Dah melalut dah . aku nak cakap pasal Solat Jumaat .

Seperti yang kita tahu , definisi Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengarKhutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.

Hari ni kan semua kaum Adam sepatutnya pergi Solat Jumaat . Tapi , ramai lagi lelaki yang tak pergi ?? ish3 . diorang semua ni tak takut dosa ke ??? lain la yang uzur kan ~

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumuah : 9)

Ada riwayat mengatakan  :


"Barangsiapa yang meninggalkan solat jumaat 3 kali berturut-turut tanpa keuzuran dan dengan sengaja ,, sesungguhnya ALLAH akan menutup hatinya daripada mendapat petunjuk ALLAH . 
( Hadis Riwayat Abu Daud) .

So, kat sini .. nak cakap je , kalau x ade apa2 masalah tu pergi lah Solat Jumaat . Bukannya susah kan ?? Jangan lah nak ponteng2 ek . Dosa taw !!

Jieha_Yana just want to said :

  • pergilah solat jumaat dengan ikhlas ek
  • jangan lah ponteng . pergilah ajak rakan2 solat ek
  • Janganlah tidur time khutbah ek ! x cukup rukun solat .:D
2 jelah kot . x de bende un nak cakap sebenarnya . Kesian Sekian , Wassalam .

Thursday, November 24, 2011

meet my OldFriend~


Hehehe . Assalamualaikum ...

okay ~ arini aq bersyukur ke hadrat Illahi kerana dipanjang kan umur untuk melakar sasuatu cerita yang akan diabdikan sebagai kenangan terindah .
#tetibejekenanganterindah .

Dengan izin Allah , harini aku keluar buat pertama kalinya ... Aq jarang keluar umah .. Ni la 1st time .
*okay , aku tipu je . aku keluar 1st time dengan kawan2 sekolah RENDAH aku dulu . :D

Sepatutnya ramai yang terlibat , tapi ada yang tak jadi pergi . (sedihgiler)
Tapi kami tetapkan untuk keluar je mane yang ada . Dan kami pun pergi lah ke IOI MALL,Puchong .
Kami pergi kesana menaiki bas RapidKL T511 . (Tasya,Mieera,Nadia,Nashira,Aiman) .. Kami pun smpai ke IOI . Kami pergi ke GSC dan menemui Khairul dan Faris ..dah lama tak jumpa diorang ..

Setelah tu , kami pergi ke Ampang Superbowl . Nak main boling la katakan .. dan kat situ kami jumpa Ariff . Punya la terkejut sebab dia kata dia x ikut ..
(kuang asam betul dak ni)
Masa main2 tu , kami pun berbual bual .. Dan ! Aku teringat banyak sangat kisah silam masa sekolah rendah dulu . Banyak sangat kenangan yang pahit dan manis . Aq senyum je fikir semua tu . Sampai Tasya kate , kau kenape senyum sorang2 ?? haha . Aku dah gila kot3E
Then kami makan2 .. kami makan dekat Pizza Hut uh . makan piza yg baru k0t . jangan lah nak
jelez sangat .
*okay2 . aq tipu lagi . kami makan di KFC je . Aku duduk sebelah kanan Ariff . (saje je nak cakap .. blog aku suka hati aku la . hahahaha) ..

Best je makan dengan diorang sebab dah lama tak makan sama2 . dulu selalu lepak mane2 then makan sama2 .. rasa nak nangis je time tu . tapi air mata x mampu mengalir la ..

Then solat z0h0r . Lepas tu kiteorang pergi wayang tengok cite Aku Bukan Tomboy . Cerita ni sedikit sebanyak mengingatkan aku kepada diri aku sendiri tau .. Nak tawu kenape ? meyh aku cerita .


Dulu masa sekolah rendah ,, aku sedikit ganas la .. Seperti t0mb0i ! Budak2 dulu selalu panggil aku tomboi bila aku jalan . Okay , aku tawu kengkang . (x reti eja) .. Sampai la satu harini .. Ustazah aku panggil aku untuk amik buku dekat depan dan budak lelaki panggil aku tomboi .. Masa tu ustazah tu pandang dia . Aku malu kot masa tu .. (jiwa gadis bai) . Ustazah tu bagi la kata2 yang aku tak akan lupakan ..

" Najiha x tomboi la .. Tapi dia ganas je . Setahu uzs tengok wayang , Ariff pun balik .. Tak sempat amik gambar dengan kiteorang tadi . Lepas ariff balik , kami yang masih ada pun tangkap la gambar2 kenangan .. Lepas tu budak
lelaki balik . Sedih kot .. Tapi ni sedikit sebanyak gambar kami

Aku sayang korang selamanya la ') ,, memang gempak la .. Sweet sangat . But ending dia buat aku tertanya2 siapa jejaka pilihan Scha ?? BTW , aku akan buat la ABT 2 . kau orang jangan risau okay !
**bajet pengarah je .

Then lepas tengok wayang , Ariff pun balik .. Tak sempat amik gambar dengan kiteorang tadi . Lepas ariff balik , kami yang masih ada pun tangkap la gambar2 kenangan .. Lepas tu budak
lelaki balik . Sedih kot .. Tapi ni sedikit sebanyak gambar kami

Aku sayang korang selamanya la .


tgkap gmbar kat tmpat lawa sgt .
  • <893_50061483_n.jpg" width="320" />
mybesties , Nurul Amieera

sedap .. rugi x rasa .

Then , kami yang perempuan ni meneruskan perjalanan yang masih berbisa tu . Kami pergi ke Tutti Fruitti . First time pergi macam batak sikit la . hahahahah . Dah makan kami pergi mencari cermin mata si Nadia yang hilang entah kemana .. tetapi x jumpa jugak . Lepas tu kami balik je .


Nashira . She's s0 cute .


Ariff Hafiez yg gilak

tgkap gmbar kat tmpat lawa sgt .
  • Jieha just nak ckap :
  • kenangan indah dan pahit memang mengajar kita erti kehidupan kan ?
  • Sahabat memang diperlukan dalam hidup ..
  • Jaga barang elok2 . jangan bagi hilang . *nasihat untuk diri sendiri
  • Hargai la peluang yang ada .. Jangan la kita sia2kan.
  • Aku rindu da sayang korang la budak2 sekolah KAFA Integrasi Al-Aman Batch '96 .
Okay la . Kesian sudah p0st untuk hari ini sebab aku dah penat . Len kali aku post something ek . Dan Sori kalau post ni x bagi korang idea or ape2 pun ek .. Ni sekadar luahan aku .

#kbai . wassalam .

Monday, November 21, 2011

Harimau Malaya the WINNER :D



Salam ..
Malam ni .. telah tercatatnya SEJARAH baru dalam Sukan SEA 2011 ...

Akhirnya ,, setelah barisan pemain2 malaysia berhempas pulas .. diorang menang !
TAHNIAH malaysia ...
Pada mulanya M'sia 1-1 Indonesia ...

Tapi tmbahan masa x de perubahan .. last2 PENALTI
Malaysia 5 - 4 Indonesia

Bengang kot tgok bola .. Bnyk sgt issue ! injured bnyak sgt k0t INDON ! M'sia jugak yang hebad..

kepada semua pemain2 malaysia ! especially my HUBBY , ♥ ..

y0u d0 y0ur best my HUBBY

TAHNIAH !!!

k0rang memang berhak dapat Pingat EMAS .. 2 Ind0nesia .. jangan la putus asa .. ^_^

2 je k0t aq nk melalut .. nak tid0 lak .. dah menang kan . so , tid0 lena la ..

**Cuti k0t es0k ! Tahniah la yang cuti ..

(aku tulis p0st ni 4 wh0 d0esn't watching Bola ek ,Yang da twu uh snyap2 je la)

Harimau VS Garuda :D


Salam alaikum !
Harini semangat bola pulak !
Seperti yang semua tawu (bagi yang x tawu tu , ni jieha nak bagi tawu ) ,, malam ni berlangsungnya perlawanan bola M'sia vs Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno , Indonesia ...

Haritu M'sia mnang haritu lawan Indonesia 1-0 en ? (ntah la , x ingt lak)
So, aku rase harini mesti Sang Garuda nak balas dendam .. mesti diorang x puas hati kalau kalah lagi , so diorang c0nfirm la nak balas dendam kat Sang Harimau yang superduper hebad uh ,,
So, pemain malaysia mesti buat 'the best' la

Opps , Azan isya' telah berkumandang ..
So, meh kita solat isyak dulu then baru tgok bola ..
Lepas solat ,, doa2 la m'sia akan mnang dan mmbawa pulang PINGAT EMAS !

Ni sebelasan utama malam ni :

  1. Khairul Fahmi Che Mat
  2. Mohd Asraruddin Putra Omar
  3. Mohd Fadhli Shas
  4. Mahalli Jasuli
  5. Mohd Muslim Ahmad
  6. Baddrol Bakhtiar (Captain)
  7. Ahmad Fakri Saarani
  8. Mohd Irfan Fazail
  9. K. Gurusamy
  10. A. Thamil Arasu
  11. Mhd Nazmi Faiz

Good Luck 2 Pemain2 Malaysia !
Bagi Indonesia tu bukak mata skit yang kita ni hebad !

Okay la ! Selamat menonton ! ^_^ '
*sampaisinijeakumerepek2 .